Ketagihan perjudian adalah salah satu daripada masalah utama pada abad ke-21. Walaupun industri perjudian menyumbang berjuta-juta dan berbilion-bilion kepada ekonomi dunia, ia juga membuat penjudi kehilangan wang, kewarasan dan kestabilan mental mereka. Oleh itu, topik tentang kepentingan perjudian yang bertanggungjawab telahpun muncul. Apabila kita berbincang tentang perjudian, tanggungjawab adalah jawapannya. Setiap penjudi mudah menjadi ketagih tetapi sukar mengeluarkan diri daripadanya. Satu-satunya cara untuk mengelakkan ketagihan ini adalah bermain dengan bertanggungjawab. Dalam artikel ini, kita akan berbincang dengan lebih mendalam mengenai perkara ini.
Cara menuntut Free Kredit RM10
Bagaimanakah anda boleh menjadi ketagih dengan perjudian?
Ketagihan perjudian adalah pengalaman yang tidak sama untuk orang yang berbeza, tetapi punca utamanya adalah sama untuk semua orang: ketamakan dan kemiskinan. Berikut adalah beberapa sebab yang memimpin anda ke arah ketagihan:
- Bermain selama berjam-jam: Anda mungkin mendapati diri anda memerhatikan jam berulang kali dan mengingatkan diri sendiri untuk berhenti dengan serta-merta. Tetapi pada akhirnya, anda masih terus bermain sambil mengatakan pada diri sendiri “Sedikit lagi.”. Itu biasanya adalah tanda pertama ketagihan: ketidakupayaan untuk mengawal tindakan dan keinginan diri.
- Mengejar kerugian: Setelah anda kehilangan jumlah yang agak besa dan lebih daripada apa yang mampu. Anda pasti akan memutuskan untuk mencuba dengan harapan untuk memenangi kesemuanya kembali dengan baki wang yang sedikit. Walaupun terdapat peluang yang anda mungkin akan berjaya, tetapi anda juga bermungkinan kehilangan baki wang tersebut. Pada akhirnya, ini akan memimpin anda kepada lebih banyak sesi perjudian.
- Mengabaikan tugas kehidupan harian: Anda bermain terlalu lama sehingga anda tidak membalas mesej teks, tidak bangun untuk makan, tidak mandi. Atau anda bermain sepanjang malam walaupun anda perlu pergi bekerja pada keesokan harinya. Ini adalah peringkat apabila ketagihan anda mencapai ke tahap yang semakin serius.
- Membelanjakan semua wang simpanan: Selepas kehilangan semua wang yang anda tetapkan untuk perjudian, anda mendapati diri anda mula menyelit wang simpanan yang sebenarnya disimpan untuk kehidupan seharian anda. Sebaik sahaja anda mempunyai wang, anda akan menggunakannya untuk berjudi. Maka inilah apa yang dimaksudkan ketagihan.
- Ingin merasakan keseronokan yang berterusanb: Jika kehidupan anda tidak berjalan lancar atas apa jua sebab, anda mungkin akan mencari keselesaan dengan berjudi. Kebanyakan permainan e wallet casino, terutamanya permainan slot e wallet, menyeronokkan untuk dimain dan direka untuk meningkatkan mood dan menyenangkan minda anda dari segi psikologi. Jika anda telah mula merasai perjudian ini menjadi satu-satunya sumber kebahagiaan kepada anda pada kebelakangan ini, ini bermaksud anda sedang menuju ke arah ketagihan.
Apakah akibat ketagihan perjudian?
Setelah anda telah mengetahui bagaimana anda mungkin terjerumus di bawah jaring ketagihan, mari kita lihat apakah akibat-akibat daripadanya:
- Ketidakstabilan dari segi kewangan: 95% daripada masa anda digunakan untuk perjudian akan membawa kepada kehilangan semua wang simpanan anda pada akhirnya. Lagipun, orang yang bernasib baik dalam perjudian biasanya tidak akan bermain pada setiap masa. Tetapi oleh kerana anda terlalu banyak bermain, dan kehilangan banyak wang, anda mungkin akan menggunakan semua wang yang diperlukan untuk kehidupan harian anda seperti membayar sewa dan bil utiliti. Ini boleh membawa kepada ketidakstabilan yang melampau dari segi kewangan.
- Tingkah laku yang buruk: Jika anda tidak dapat mencari wang untuk berjudi, atau anda mengalami nasib yang sangat malang, anda mungkin mula menunjukkan tingkah laku yang buruk terhadap diri sendiri dan orang di sekeliling anda untuk melepaskan kekecewaan anda. Anda mungkin meminjam wang daripada orang lain untuk terus berjudi, dan jika mereka enggan, anda mungkin akan melakukan tindakan ganas terhadap mereka. Ini akan memberikan kesan buruk terutamanya kepada ahli keluarga anda. Jika anda mempunyai anak, ketagihan anda boleh merosakkan hidup mereka kerana pengalaman traumatik yang mereka alami pada zaman kanak-kanak.
- Ketagihan lain: Kekecewaan akibat tidak dapat berjudi atau bernasib malang boleh menyebabkan anda ketagih kepada alkohol atau dadah untuk melepaskan kesakitan. Oleh kerana kekecewaan yang kerap, anda akan mendapati diri anda minum dengan kerap atau menyalahgunakan pemakanan ubat. Ini akan melipatgandakan semua masalah yang anda sedang hadapi.
- Penyakit mental dan pengasingan diri: Anda akhirnya mungkin akan mengalami kemurungan akibat ketagihan. Tingkah laku buruk yang merosakkan anda sudah pasti akan menjejaskan kesihatan mental dan fizikal anda juga. Ia boleh membawa kepada kecederaan diri dan kecenderungan membunuh diri. Lebih-lebih lagi, anda akan mula kehilangan semua orang yang disayangi dan akhirnya mendapati diri anda keseorangan. Dan ini akan mengakibatkan pengasingan diri pada akhirnya.
Bagaimana menjadi seorang penjudi yang bertanggungjawab
Akibat-akibat yang dibincangkan di atas sepatutnya memberikan anda gambaran yang cukup menakutkan dan memberikan anda sebab yang cukup menyakinkan untuk menjadi seorang penjudi yang bertanggungjawab. Setelah anda memahaminya, mari kita lihat cara-cara anda boleh berjudi dengan penuh tanggungjawab:
- Jangan sesekali bertaruh lebih daripada yang anda mampu: Abaikan ketamakan. Lebih baik mencegah daripada menyesal. Cara yang paling bijak untuk berjudi adalah membina wang anda secara perlahan-lahan.
- Main untuk tempoh masa yang ditetapkan: Pastikan tempoh masa tertentu diperuntukkan hanya untuk perjudian, dan jangan bermain pada masa yang lain dalam hari itu tidak kira betapa ingin anda melakukannya. Sila mengawal diri anda.
- Berjudi daripada wang yang anda tidak perlukan untuk mengekalkan hidup: Hanya gunakan wang ekstra yang anda ada (seperti wang yang tidak akan digunakan untuk membayar keperluan harian) untuk berjudi. Jangan sekali-kali mengambil wang daripada simpanan orang lain.
- Tetapkan had rendah dan tinggi: Selepas anda mencapai had rendah, ini bermakna anda kehilangan jumlah wang yang anda mampu dan tiba masanya untuk berhenti bermain. Jika anda mencapai had tinggi, ini bermakna anda telah menang cukup untuk hari itu, dan juga tiba masanya untuk berhenti bermain.
- Jangan abaikan perkara yang penting: Perjudian hanyalah satu bentuk hiburan. Terdapat banyak lagi aktiviti lain yang wajib dalam hidup anda. Contohnya, pekerjaan anda dan meluangkan masa dengan orang yang tersayang seperti ahli keluarga. Jangan biarkan perjudian mempengaruhi kehidupan anda.
- Jika anda berada dalam ketagihan, sertai kumpulan sokongan: Anda mungkin tidak menyukai idea kumpulan sokongan, tetapi itulah langkah pertama yang betul-betul boleh membantu anda. Anda memerlukan sokongan—anda tidak boleh melakukannya dengan diri sendiri. Manusia semuanya bergantung antara satu sama lain, jadi anda tidak perlu berasa malu atau kekok.
Jika anda seorang penjudi, tiada apa yang lebih penting daripada menjadi seorang penjudi yang bertanggungjawab. Apabila anda bermain secara bertanggungjawab, ini bermakna anda betul-betul dapat menikmati keseronokan permainan dan memanfaatkannya dengan sepenuhnya di EpicWin8. Semoga berjaya dan kekal selamat dalam masa pandemik Covid ini!
Follow us: